Kelas Jompay

7 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Oktober 2020, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas JomPay selama 30 minit. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 12.30 tengahari hingga 01.00 petang.

Pada kali ini,pihak staf Pusat Ekonomi Digital telah memberi tunjuk ajar kepada Puan Sunarti,salah seorang penduduk Kg.Semangar Luar yang ingin menggunakan Jompay untuk membayar bil-bil memandangkan beliau tidak pernah membuat sebarang transaksi secara online sebelum ini.Kami telah menunjukkan caranya kepada beliau dengan menggunakan pc dan telefon bimbit.

Pada akhir kelas,beliau telah berjaya membayar bil-bil utiliti dengan menggunakan sistem JomPay yang tidak memerlukan beliau pergi ke pejabat seperti sebelum ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali